Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Hari Keluarga ABIM Selangor

28-29 Januari 2006 - Hari Keluarga ABIM Selangor telah diadakan di Laman Bistari, Ulu Yam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah BBQ, sukaneka, tazkirah, dan LDK. Program ini berjaya merapatkan silaturahim antara 50 orang peserta terdiri daripada keluarga ahli ABIM, WADAH, KBI, dan PEPIAS. Majlis penutup diserikan dengan ucapan Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad.




1 comments:

Majlis Anugerah Tokoh Belia Selangor 2005


3 Januari 2006 - ABIM Selangor selaku badan gabungan Majlis Belia Selangor telah menghadiri Majlis Anugerah Tokoh Belia Selangor 2005 di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Haji Mohammad Khir B. Toyo itu. ABIM Selangor diwakili oleh YDP, TYDP, SUA dan beberapa Exco Kanan.

1 comments:

Kursus Guru Tahfiz


26-27 Disember 2005 - Kursus Motivasi dan Intensif Bahasa Arab bagi guru-guru Tahfiz Ummah Bandar Baru Bangi telah diadakan di Impian Country Resort, Cheras. Kursus selama dua hari ini telah disertai oleh seramai 56 orang peserta. Sijil telah disampaikan oleh Ust. Mohd Azid Abd. Kadir, Pengetua Tahfiz pada majlis perasmian penutup.

1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR