Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Bengkel Persidangan Selari



31 Disember 2005 - Bengkel Persidangan Selari di Pusat Latihan ABIM, Kajang telah menghimpunkan Yang Di Pertua, Setiausaha, dan Ketua Helwa setiap daerah di Selangor. Bengkel ini diadakan bagi menyelaras takwim dan memantau perkembangan daerah.

0 comments:

Yayasan Takmir Negeri Selangor



31 Disember 2005 - Tn. Hj. Mohamed Muslimin Hj. Yaakop dilantik sebagai pegawai Yayasan Takmir Negeri Selangor (YTNS) yang beroperasi di Pusat Pendidikan ABIM Klang (PPAK). Majlis penubuhan YTNS diadakan sempena Bengkel Persidangan Selari di Pusat Latihan ABIM, Kajang.

1 comments:

Kelab Remaja Islam Sri Serdang



30 Disember 2005 - Kelab Remaja Islam Sri Serdang mengadakan usrah bulanan di Taski ABIM. Seramai 16 orang pelajar sekolah menengah sekitar Serdang menghadiri majlis ini. Kelab ini merupakan sebahagian progam IKRAK ABIM Selangor.

3 comments:

Kem Remaja Cemerlang Negara Gemilang


3-4 Dis 2005 - ABIM Daerah Klang dan ABIM Selangor telah mengadakan Kem Remaja Cemerlang Negara Gemilang bertempat di Surau Haji Kamaruddin, Meru. Lebih 70 orang remaja dan kanak-kanak menyertai kem tersebut. Tn. Hj. Mohamed Muslimin Yaakop (Mantan YDP ABIM Selangor) dan Ustaz Azman Hj. Ahmad (Pen.Setiausaha ABIM Selangor) merupakan mentor para peserta kem. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, halaqah
Al-Quran, qiamullail dan riadah.

2 comments:

Ziarah ABIM Pusat


20 Dis 2005 - Usrah Exco ABIM Selangor telah dikunjungi oleh pimpinan ABIM Pusat yang diketuai oleh Presiden ABIM Saudara Yusri Mohamad, Setiausaha Agung Saudara Khairul Arifin Mohd Munir dan Bendahari Kehormat Saudara Ahmad Saparuddin Yusup. Usrah membincangkan tafsiran Surah Al-Baqarah ayat 261-263 yang menyentuh tentang budaya infaq fi sabililllah disamping mendengar amanat Presiden.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR